Kursus Radio Amatur
Kursus Radio Amatur Untuk Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Anjuran Jabatan Pelajaran Perak Kendalian Pusat Kokurikulum Perak 2007 telah diadakan pada 28-30 Mei 2007 di Pulau Pangkor. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal berkaitan dengan kemahiran menggunakan radio untuk komunikasi dan kemahiran menyelamat.
Bukan sahaja guru-guru dari sekolah pedalaman menyertai kursus ini, para pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah juga telah dijemput. Guru-guru dari SK RPS Kemar, SK Sungai Tiang, SK RPS Dala dan SK Kenayat adalah di antara mereka yang terpilih di kalangan guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman di negeri Perak.
*Kredit kepada En. Ramli (PPD Kinta) kerana menyumbang sebahagian dari foto yang terdapat di sini.
|
Date: 06/02/2007
Owner: yongzu
Size: 149 items
|